BB

BB

.

.

Thursday, 30 May 2013

Homestay Bandar Temerloh Mentakab dekat ke Maran Jerantut UITM Jengka & Kolej Matrikulasi Teknikal Jengka

PENGINAPAN SELESA SEISI KELUARGA.

Sesuai untuk rombongan kenduri kahwin, menyambut menantu, bertunang, kursus, lawatan, rombongan sukan dan sebagainya kerana berdekatan dengan Bandar Temerloh, Bandar Mentakab, Felda Jengka, Felda Ulu Jempol, Bandar Jerantut, Bandar Maran, Pekan Kuala Krau, Felcra Rumpun Makmur, Felda Jenderak, Pekan Kerdau, Pekan Triang dan banyak lagi.

Juga sesuai untuk ibu bapa sanak saudara yang ingin menghantar anak mendaftar di UITM Jengka, Kolej Matrikulasi Teknikal Jengka, ADTEC Temerloh, Kolej Vokasional Temerloh, Kolej Komuniti Temerloh dan sebagainya.
 

 Lapar dan dahaga? Singgah di restoren makanan segera McDonald yang berdekatan atau terus saja ke Kaunter Pandu Lalu yang di sediakan.


 Restoren makanan segera KFC berdekatan menjimatkan masa untuk menjamu selera melalui Kaunter Pandu Lalu ( Drive Thru) !

 Perlukan keperluan kebersihan diri? bahan mentah? Kunjungi pasaraya Cowboy.. Semua ada!

Lepas shopping di Cowboy.. Lapar? Singgah di Marry Brown.. sebelah Cowboy je...


Homestay UmarKashah Bandar Temerloh

1 Ruang tamu
3 Bilik tidur
1 Ruang Makan
1 Ruang Dapur
1 Bilik air
1 Tandas
   Porch kereta.


Ruang Tamu dilengkapi
1. Sofa
2. Kipas
3. TV
4. Karpet

Bilik dilengkapi
1. Katil dan Tilam ( 2 saiz Queen & 1 saiz Single)
2. Kipas Siling
3. Almari pakaian
4. Cermin Muka
5. Meja solek*
6. Penyidai kain/Sejadah
7. Toto*


Kemudahan dan Peralatan yang disediakan.
Dapur (boleh memasak - Lengkap dengan dapur gas dan pingan mangkuk, jag air dan gelas, sudu garpu, periuk kuali serta peralatan memasak berkaitan)
Meja Makan
Periuk Nasi
Pemanas Air (Water Heater)
Peti Sejuk
Mesin Basuh
Seterika
Dapur gas
Pinggan Mangkuk
Gelas dan Cawan
Sejadah
Penyidai kain

Wednesday, 29 May 2013

HOMESTAY UmarKashah: Skandal Tiket Stadium Darul Makmur Pahang VS JDT Terbongkar!!!

Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.

Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk. Tidak dapat disahkan objek tersebut samada dibaling oleh penyokong Hogoh Pahang Hogoh Tok Gajah atau Johor Luaskan Kuasamu atau penunggu di final, Kelantan Red Warriors Kache Kelate Kache atau penyokong Barcelona FC yang akan bertandang ke Malaysia.

Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) yang ditangguhkan pada Selasa akibat kekecohan penyokong akan dimainkan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, pada pukul 4.15 petang.

Ketika mengumumkan sedemikian, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu diputuskan selepas meneliti beberapa perkara termasuk aspek keselamatan.

"Kita terpaksa mengadakan perlawanan pada waktu petang di Stadium Nasional Bukit Jalil memandangkan lampu stadium berkenaan masih dalam proses penambahbaikan manakala Stadium Shah Alam pula digunakan untuk sebuah acara konsert pada hari yang sama.

"Memandangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengendalikan perlawanan ini maka kita mencadangkan kepada Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM untuk menggunakan formula 50-50 dalam pengagihan tiket sebanyak 90,000 kepada kedua-dua pasukan," katanya.

Hamidin berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa JKPT hampir lima jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini Rabu.

Apapun ketegangan yang berlaku, skandal tiket Stadium Darul Makmur Pahang VS JDT telah pun terbongkar!!! 
APA YANG TERBONGKAR ialah tiket perlawanan tersebut BERWARNA KUNING!!
LIHAT GAMBAR DI BAWAH!!



 




Senarai Homestay / Hotel Bajet Halal di Bandar Temerloh, Pahang.

Homestay UmarKashah Bandar Temerloh
0199412901 / 019857566

KOMITED KE ARAH PREMIS PENGINAPAN
HALALAN TOYYIBAN

Homestay UmarKashah Bandar Temerloh
0199412901 / 019857566

 Kita sebagai rakyat Malaysia muslim, semakin hari semakin peka dalam mencari status halal bagi sesebuah premis. Walaupun kebanyakan premis didapati memiliki logo halal, tetapi kita sebagai pengguna haruslah mengambil langkah berhati-hati dengan memeriksa status halal premis berkenaan dengan pihak JAKIM. Kini, bagi memudahkan pengguna, senarai hotel & resort yang memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM, JAIN, MAIN, dan HDC telah di keluarkan.

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf

Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.

Hukum Syarak

Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.

Halal

 

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.


http://www.facebook.com/homestaytemerloh

http://www.facebook.com/homestaytemerloh
http://www.facebook.com/homestaytemerloh

Google+ Badge