BB

BB

.

.

Wednesday, 29 May 2013

HOMESTAY UmarKashah: Skandal Tiket Stadium Darul Makmur Pahang VS JDT Terbongkar!!!

Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.

Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk. Tidak dapat disahkan objek tersebut samada dibaling oleh penyokong Hogoh Pahang Hogoh Tok Gajah atau Johor Luaskan Kuasamu atau penunggu di final, Kelantan Red Warriors Kache Kelate Kache atau penyokong Barcelona FC yang akan bertandang ke Malaysia.

Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) yang ditangguhkan pada Selasa akibat kekecohan penyokong akan dimainkan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, pada pukul 4.15 petang.

Ketika mengumumkan sedemikian, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu diputuskan selepas meneliti beberapa perkara termasuk aspek keselamatan.

"Kita terpaksa mengadakan perlawanan pada waktu petang di Stadium Nasional Bukit Jalil memandangkan lampu stadium berkenaan masih dalam proses penambahbaikan manakala Stadium Shah Alam pula digunakan untuk sebuah acara konsert pada hari yang sama.

"Memandangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengendalikan perlawanan ini maka kita mencadangkan kepada Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM untuk menggunakan formula 50-50 dalam pengagihan tiket sebanyak 90,000 kepada kedua-dua pasukan," katanya.

Hamidin berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa JKPT hampir lima jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini Rabu.

Apapun ketegangan yang berlaku, skandal tiket Stadium Darul Makmur Pahang VS JDT telah pun terbongkar!!! 
APA YANG TERBONGKAR ialah tiket perlawanan tersebut BERWARNA KUNING!!
LIHAT GAMBAR DI BAWAH!!



 




No comments:

Post a Comment

http://www.facebook.com/homestaytemerloh

http://www.facebook.com/homestaytemerloh
http://www.facebook.com/homestaytemerloh

Google+ Badge